كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ Perpuse Peparing hadirkan artikel-artikel faktual sebagai counter attack atas maraknya propaganda murahan yang salah kaprah akan islam dimedia-media online oleh firqoh-firqoh minoritas sempalan yang dapat memecah belah ummat islam seperti wahabi, syiah dan semacamnya juga sebagai media share demi kelestarian nilai-nilai ajaran Ahlussunnah Wal Jama'ah yang asli dan murni di belahan bumi manapun Terima kasih atas kunjungan anda semoga isi dari blog saya yang sederhana ini semoga dapat bermanfaat untuk merekatkan ukhuwah islamiyah dan jangan lupa kembali lagi yah

Rabu, 19 Oktober 2011

CIRI-CIRI GOLONGAN SALAFIYYAH WAHHABIYAH


AQIDAH

1. Membahagikan Tauhid kepada 3 Kategori
a. Tauhid Rububiyyah: Dengan tauhid ini, mereka mengatakan bahwa kaum
musyrik Mekah dan orang-orang kafir juga mempunyai tauhid.
b. Tauhid Uluhiyyah: Dengan tauhid ini, mereka menafikan tauhid umat Islam
yang bertawassul, beristigosah dan bertabarruk sedangkan ketiga-tiga perkara
tersebut diterima oleh majoriti ulama' Islam khasnya ulama' empat mazhab.
c. Tauhid Asma' dan Sifat: Tauhid versi mereka ini boleh menjerumuskan
seseorang ke lembah tashbih dan tajsim:
 Menterjemahkan istawa sebagai bersemayam/bersila
 Merterjemahkan yad sebagai tangan
 Menterjemahkan wajh sebagai muka
 Menisbahkan jihah (arah) kepada Allah (arah atas – jihah „ulya)
 Menterjemah janb sebagai lambung/rusuk
 Menterjemah nuzul sebagai turun dengan zat
 Menterjemah saq sebagai betis
 Menterjemah asabi' sebagai jari-jari, dll
 Menyatakan bahwa Allah SWT mempunyai "surah" atau rupa
 Menambah bi zatihi haqiqatan [dengan zat secara hakikat] di akhir setiap ayat-ayat
mutasyabihat
2. Tafwidh yang digembar-gemburkan oleh mereka adalah bersalahan dengan tafwidh
yang dipegang oleh ulama' Asya'irah.
3. Memahami ayat-ayat mutasyabihat secara dzahir tanpa uraian terperinci dari ulama'
mu'tabar
4. Menolak Asya'irah dan Maturidiyyah yang merupakan majoriti ulama' Islam dalam
perkara Aqidah
5. Sering mengkrititik Asya'irah bahkan sehingga mengkafirkan Asya'irah.
6. Menyamakan Ashai‟rah dengan Mu'tazilah dan Jahmiyyah atau Mua‟ththilah dalam
perkara mutashabihat.
7. Menolak dan menganggap pengajian sifat 20 sebagai satu konsep yang bersumberkan
falsafah Yunani dan Greek.
8. Berselindung di sebalik mazhab Salaf.
9. Golongan mereka ini dikenali sebagai al-Hashawiyyah, al-Mushabbihah, al-
Mujassimah atau al-Jahwiyyah dikalangan ulama' Ahli Sunnah wal Jama'ah.
10. Sering menjaja kononnya Abu Hasan Al-Ash‟ari telah kembali ke mazhab Salaf
setelah bertaubat dari mazhab Asya'irah.
11. Mendakwa kononnya ulama' Asya'irah tidak betul-betul memahami fahaman Abu
Hasan al-Asya'ri.
12. Menolak ta'wil dalam ayat Mutasyabihat.
13. Sering mendakwa bahawa ramai umat Islam telah jatuh ke kancah syirik.
14. Mendakwa bahwa amalan memuliakan Rasulullah SAW boleh membawa kepada
syirik.
15. Tidak mengambil berat kesan-kesan sejarah para anbiya', ulama' dan solihin dengan
dakwaan menghindari syirik.
16. Kefahaman yang salah berkenaan syirik sehingga mudah menghukum orang sebagai
membuat amalan syirik.
17. Menolak tawassul, tabarruk dan istighathah dengan para anbiya' serta solihin.
18. Mengganggap tawassul, tabarruk dan istighathah sebagai sebagai cabang-cabang
syirik.
19. Memandang remeh karamah para auliya'illah.
20. Menyatakan bahawa ibu bapa dan datuk Rasulullah SAW tidak terselamat dari azab
api neraka.
21. Mengharamkan mengucap "radiallahu anha" bagi ibu Rasulullah SAW, Sayyidatuna
Aminah.

SIKAP
1. Sering membid'ahkan amalan umat Islam bahkan sampai ke tahap mengkafirkan
mereka.
2. Mengganggap diri sebagai mujtahid atau berlagak sepertinya (walaupun tidak layak).
3. Sering mengambil hukum secara langsung dari al-Quran dan hadis (walaupun tidak
layak).
4. Sering memperlecehkan ulama' pondok dan golongan agama yang lain.
5. Ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsir ke orang Islam.
6. Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu
shadz (janggal).

HADIST
1. Menolak beramal dengan hadis dhoif.
2. Penilaian hadis yang tidak sama dengan ulama' hadis yang lain.
3. Mengagungkan Nasiruddin al-Albani di dalam bidang ini [walaupun beliau tidak
mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-guru beliau dalam bidang hadis.
Bahkan umum mengetahui bahawa beliau tidak mempunyai guru dalam bidang hadist
dan diketahui bahwa beliau belajar hadist secara sendiri dan ilmu jarh dan ta'dil
beliau adalah mengikut Imam al-Dhahabi].
4. Sering menganggap hadis dhoif sebagai hadis maudhu' [mereka melonggokkan hadis
dhoif dan palsu di dalam satu kitab atau bab seolah-olah kedua-dua kategori hadis
tersebut adalah sama]
5. Perbahasan hanya kepada sanad dan matan hadist, dan bukan pada makna hadist. Oleh
karena itu, perbincangan syawahid tidak diambil berat.
6. Perbincangan hanya terhadap kepada riwayah dan bukan dirayah.

AL-QUR'AN
1. Menganggap tajwid sebagai menyusahkan dan tidak perlu (Sebagian Wahhabi
Indonesia yang jahil)

FIQH
1. Menolak fahaman bermazhab kepada imam-imam yang empat; pada hakikatnya
mereka bermazhab “TANPA MAZHAB”
2. Mengadunkan amalan empat mazhab dan pendapat-pendapat lain sehingga membawa
kepada talfiq yang haram
3. Memandang amalan bertaqlid sebagai bid‟ah; kononnya mereka berittiba'
4. Sering mengungkit soal-soal khilafiyyah
5. Sering menggunakan dakwaan ijma' ulama dalam masalah khilafiyyah
6. Sering bercanggah dengan ijma' ulama'
7. Menganggap apa yang mereka amalkan adalah sunnah dan pendapat pihak lain adalah
bid'ah
8. Sering mendakwa orang yang bermazhab sebagai ta'sub mazhab
9. Salah faham makna bid'ah yang menyebabkan mereka mudah membid'ahkan orang
lain
10. Sering berhujah dengan al-tark, sedangkan al-tark bukanlah satu sumber hukum
11. Mempromosikan mazhab fiqh baru yang dinamakan sebagai Fiqh al-Taysir, Fiqh al-
Dalil, Fiqh Musoffa, dll [yang jelas terkeluar daripada fiqh empat mazhab]
12. Sering mewar-warkan agar hukum ahkam fiqh dipermudahkan dengan menggunakan
hadis “Yassiru wa la tunaffiru” sehingga menjadi lebih parah daripada tatabbu‟ alrukhas
13. Sering mengatakan bahawa fiqh empat mazhab telah ketinggalan zaman

NAJIS
1. Sebahagian daripada mereka sering mempertikaikan dalil bagi kedudukan babi
sebagai najis mughallazah
2. Menyatakan bahawa bulu babi itu tidak najis karena tidak ada darah yang mengalir .

WUDHU’
1. Tidak menerima konsep air musta'mal
2. Bersentuhan lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu'
3. Membasuh kedua belah telinga dengan air basuhan rambut dan tidak dengan air yang
baru.

AZAN
1. Adzan Jum'at sekali; adzan kedua ditolak

SHALAT
1. Mempromosi “Sifat Shalat Nabi SAW, dengan alasan kononnya shalat berdasarkan
fiqh mazhab adalah bukan sifat shalat Nabi SAW yang sebenar.
2. Menganggap lafaz usolli sebagai bid'ah.
3. Berdiri secara terkangkang.
4. Tidak membaca „Basmalah secara jahar.
5. Menggangkat tangan sewaktu takbir pada paras bahu.
6. Meletakkan tangan di atas dada sewaktu qiyam.
7. Menganggap perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam shalat sebagai perkara
bid'ah (sebahagian Wahhabiyyah Indonesia yang jahil).
8. Menganggap qunut Subuh sebagai bid'ah.
9. Menggangap penambahan “wa bihamdihi” pada tasbih ruku' dan sujud adalah bid'ah.
10. Menganggap menyapu muka selepas shalat sebagai bid'ah.
11. Shalat tarawih hanya 8 rakaat; yang lebih teruk lagi, mengatakan shalat tarawih itu
sebenarnya adalah shalat malam (shalatul-lail) seperti yang dibuat pada malammalam
biasa.
12. Zikir jahar di antara rakaat-rakaat shalat tarawih dianggap bid'ah.
13. Tidak ada qadha bagi shalat yang sengaja ditinggalkan.
14. Menganggap amalan bersalaman selepas shalat adalah bid'ah.
15. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam shalat sebagai bid'ah.
16. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.
17. Boleh jama' dan qasar walaupun kurang dari dua marhalah.
18. Memakai jubah dengan singkat yang melampau.
19. Menolak sembahyang sunat qabliyyah sebelum Jumaat
20. Menjamak shalat sepanjang semester pengajian, karena mereka berada di landasan
Fisabilillah

DOA, ZIKIR DAN BACAAN AL-QURAN
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas shalat sebagai bid'ah.
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila
masa sebagai bid'ah.
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-adzim” selepas bacaan al-Quran adalah
bid'ah.
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis
sebagai bid'ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala'il al-Khayrat, Selawat al-
Syifa', al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.
5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid'ah yang haram.
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah
wafat.
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid'ah.
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh
ribu), dll sebagai bid'ah.
9. Menolak amalan ruqiyyah shar'iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa', azimat,
dll.
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah.
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya'ban sebagai bid'ah yang haram.
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya'ban.
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya'ban.
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa adalah bid'ah.
15. Mempertikaikan kedudukan shalat sunat tasbih.

PENGURUSAN JENAZAH DAN QUBUR
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya', awliya',
ulama' dan solihin sebagai bid'ah dan shalat tidak boleh dijama' atau qasar dalam
ziarah seperti ini.
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur.
3. Menganggap talqin sebagai bid'ah.
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid'ah
yang haram.
5. Tidak membaca doa' selepas shalat jenazah.
6. Sebagian ulama' mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan. dari
masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid'ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid'ah.

MUNAKAHAT
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)

MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-RAMAI
1. Menolak sambutan Maulid Nabi, bahkan menolak cuti sempena hari Maulid Nabi,
bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan peringatan Maulid Nabi dengan perayaan
Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan maulid adalah bid'ah
5. Menolak sambutan Ma'al Hijrah, Isra' Mi'raj, dll.

HAJI DAN UMRAH
1. Coba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh
al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja
Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika
bertawaf.
3. Mengubah tempat sa'i di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama'
Islam dari seluruh dunia

PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Ramai para professional menjadi ustadz-ustadz mereka (di Indonesia)
2. Ulama' yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab
d. Sheik Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Muhammad Soleh Ibn Utsaimin
g. Sheikh Soleh Fauzanal-Fauzan
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut
para ulama', sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para
ulama' dan para ulama‟ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya' Ulumiddin”

PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama' dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir
Rasulullah saw, jannat al-Baqi' dan al-Ma'la [makam para isteri Rasulullah SAW di
Baqi', Madinah dan Ma'la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan
hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.
5. Di Indonesia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah
[karena hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur
dengan kehendak hawa nafsu].
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Indonesia
dahulu ini ialah Ittiba' Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14
yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan
kesesatan ajaran Ittiba‟ al-Sunnah ini.

TASAWWUF DAN TAREQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu'tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah
yang sesat

PERHATIAN:
Sebagian daripada ciri-ciri di atas adalah perkara khilafiyyah. Namun
sebagiannya adalah bercanggah dengan ijma' dan pendapat mu'tamad empat mazhab.
Sebagian yang lain adalah perkara yang sangat kritikal dalam masalah usul (pokok)
dan patut dipandang dengan serius.Ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri umum
golongan Wahhabiyyah yang secara sedar atau tidak diamalkan dalam masyarakat kita.
Sebahagian daripada ciri-ciri ini adalah disepakati di antara mereka dan sebahagiannya
tidak disepakati oleh mereka.
Ini adalah karena di dalam golongan Wahhabiyyah ada berbagai-bagai pendapat
dan mazhab dalam berbagai peringkat. Apatah lagi apabila setiap tokoh Wahhabiyyah
coba berijtihad dan mengenengahkan pendapat masing-masing sehingga sebagiannya
terpesong terlalu jauh dari aliran Ahlus-Sunnah wal-Jama'ah.
Dinasihatkan agar Tuan-tuan mengusahakan keberadaan di pengajian-pengajian
ilmu di kalangan ulama-ulama atau para ustadz yang tidak menyimpang daripada ajaran
Ahli Sunnah wal Jamaah bagi bersoal jawab dan mendapatkan kebenaran atas kekeliruan.

Wallahu A'lam.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar